TMC
BM Sermon Mereka yang telah disatukan oleh Allah, tidak boleh dipisahkan oleh manusia
2hb
Oktober, 2014.
Matius
19:1-12
Idea
Utama: Jangan bercerai sebagai suami dan isteri
Objektif:
a. Mengajar jemaah BM mentaati ajaran
Yesus supaya tidak bercerai.
b.
Mengajar
jemaah tentang kesan-kesan buruk perceraian suami-isteri.
c.
Mendidik
jemaah supaya mendirikan keluarga kekristianan.
A.
Pengenalan
-
Saya percaya
ramai Kristian belum tahu lagi perceraian mengikut ajaran Yesus adalah
salah. Ada juga Kristian yang tahu
ajaran Yesus ini tetapi mereka masih bercerai.
Adatah terdapat Kristian begini?
Mungkin kita malu mengakuinya.
Saya doakan firman Allah hari ini akan membangunkan kita sehingga kita
menolak perceraian dan kita dapat bersaksi kerana ada perkahwinan yang
memuliakan Yesus.
-
Saya tak
nak meminta kamu mengangkat tangan untuk menunjukkan kamu pernah atau tidak
bercerai. Saya percaya, kalau kita
pernah bercerai atau sedang menghadapi risiko perceraian, Yesus dapat menolong
kita mengatasi kesan-kesan buruk perceraian, atau Dia dapat menolong kita
mengelakkan perceraian.
-
Mari kita
mengkaji ajaran Yesus tentang tidak boleh bercerai dengan lebih dalam lagi.
B. Konteks Ajaran Yesus
- Pada masa itu, Yesus menghadapi bantahan
daripada pihak Farisi yang mempertikaikan kebanyankan ajaran Yesus. Pihak
Farisi nak menanya Yesus tentang hukum Taurat Musa yang tercatat di Ulangan
24:1, ‘Andaikata seorang lelaki berkahwin dengan seorang perempuan, lalu dia
mendapati sesuatu yang tidak disukainya pada isterinya. Oleh itu lelaki itu memberikan surat cerai
kepadanya dan mengusir dia dari rumahnya.’
- Terdapat
rabi (guru) Taurat aliran Hillel mentafsirkan “yang tidak disukainya” sebagai
“apa saja yang membuat hati suami tidak senang. Sedangkan rabi Taurat aliran
Shammai menghadkan eartinya kepada “perzinaan oleh isteri”. Tetapi, bagi aliran Shammai, kahwin lagi
bukan dianggap sebagai perzinaan.
- Yesus nampaknya
berpihak kepada pendirian aliran Shammai.
Tetapi, Dia lebih konsisten, kalau seseorang yang bercerai itu bukan
kerana dosa perzinaan atau dosa yang lebih kurang sama dengannya, dan dia
kahwin lagi, dia berdosa perzinaan. Itu
sebabnya, Dia kata di ayat 9, ‘Ketahuilah, sesiapa menceraikan isterinya,
kecuali perzinaan, orang itu berzina jika dia berkahwin lagi dengan wanita
lain.’
- Yesus
membawa pihak Farisi balik ke waktu penciptaan Allah di mana lelaki dan
perempuan diciptakan mengikut maksudNya (Kejadian 1:27). Dan mengikut Kejadian 2:24, Yesus mengatakan
firman Allah, ‘...seorang lelaki meninggalkan ibu bapanya dan bersatu dengan
isterinya, lalu mereka menjadi satu.’ Satu di sini bererti satu daging hubungan
seks di antara lelaki dan perempuan, ia adalah hubungan yang sangat dalam
antara dua orang yang bersetubuh.
- Atas sebab
satu daging di antara suami dan isteri, Yesus seterusnya memberikan ajarannya
tentang pendirian perkahwinan orang Kristian di ayat 6, ‘Dengan demikian mereka
bukan lagi dua orang, tetapi satu. Oleh
itu mereka yang telah disatukan oleh Allah, tidak boleh dipisahkan oleh manusia.’
- Yesus
tidak membenarkan manusia meruntuhkan perkerjaan Allah. Perkahwinan orang lelaki dan perempuan itu
tidak boleh dipatahkan, diceraikan oleh kita Kristian.
- Kata-kata
Yesus di ayat 6 ini pun menerima serangan dari orang Farisi. Di ayat 7, mereka terus menanya Yesus kenapa
Musa membenarkan orang Yahudi menceraikan isterinya.
- Jawapan
Yesus ialah Musa membenarkannya kerana mereka susah diajar atau keras hati di
ayat 8.
- Di samping
itu, nabi Maleakhi ada ajaran yang sangat serius di Maleakhi 2:16, ‘Tuhan Allah
Israel berfirman, “Aku membenci perceraian.
Aku tidak suka apabila salah seorang daripada kamu berbuat hal sekejam
itu terhadap isterinya. Pastikanlah
supaya kamu tidak memungkhiri janji untuk tetap setia kepada isteri kamu.”
- Kenapa
demikian? Ini adalah langsung berdasarkan ajaran satu daging, dan suami-isteri
tidak boleh bercerai. Kalau kita
bercerai sebagai Kristian, kita berdosa dan mesti menghadapi akibat dosa itu.
- Di ayat 10,
pengikut-pengikut Yesus pula berasa ajaran Yesus tentang perkahwinan yang tidak
boleh bercerai itu adalah sangat ketat, mereka terus berasa lebih baik tidak
berkahwin. Jawapan Yesus adalah amat
praktikal sekali. Dia memberikan tiga
sebab di ayat 11 dan 12 tentang orang yang tidak kahwin: (1) Orang yang
dipanggil Allah supaya tidak kahwin (ayat 11); (2) orang yang dilahirkan mandul
(ayat 12); dan (3) orang yang mengabdikan diri kepada Allah.
- Yesus
menegaskan hanya orang yang sanggup menerima ajarannya boleh memilih tidak
berkahwin.
- Ajaran Yesus
tentang perkahwinan bagi Kristian and manusia seluruah dunia berdasarkan
perenggan di atas ini ialah:
(a). Tujuan
Allah sebenarnya bagi perkahwinan telah dinyatakan apabila Dia mencipta lelaki
dan perempuan. Mereka menjadi satu.
(b). Mereka
bersatu melalui satu daging sehingga mereka tiada identiti sendiri.
(c). Dengan
menegaskan Allah yang menyatukan suami-isteri itu dan manusia tidak boleh
memisahkannya, Dia berusaha nak memulihkan keadaan perkahwinan seluruh umatnya.
C. Aplikasi
-
Ajaran
Yesus tentang perkahwinan antara lelaki dan perempuan adalah satu daging mesti
mencabar kita merespon kepadaNya.
-
Saya
mengajar jemaah supaya mengamalkan ajaran Yesus tentang perkahwinan melalui
sekurang-kurangnya tiga cara.
-
(1) Memandangkan hubungan suami dan isteri adalah
satu daging, hubungan yang diberkati oleh Yesus, kita menganggapnya sebagai
suci. Di depan mata Allah, ia adalah
suci dan baik. Segala hawa-nafsu di
antara lelaki dan perempuan hanya boleh dipuaskan melalui perkahwinan
saja. Hubungan seks yang di luar
perkahwinan adalah tidak suci dan berdosa dan dibenci oleh Yesus. Maka, kita kena mengawal hawa-nafsu
kita. Kalau kita sebagai suami-isteri
yang menegakkan ajaran Yesus, kita tidak mungkin bercerai. Mereka yang bercerai adalah mereka yang tidak
nak menurut ajaran Yesus, dan tidak mengawal hawa-nafsu.
-
(2) Bagi mereka yang mempertimbangkan perceraian,
fikirkanlah kesan-kesannya.
Kesan-kesannya selalunya adalah sesuatu yang kamu tidak jangkakan. Mereka yang bercerai itu akan berasa berdosa. Kamu berasa seakan-akan kamu hilang
sebahagian nyawa kerana bahagian nyawa itu kamu meninggalkannya dekat di jiwa
jodoh dulu kamu. Ke mana-mana saja kamu
pergi, kamu akan berasa jodoh dulu kamu itu ada bersama kamu. Hati kamu dilukai dan lama sembuh. Kesan yang terutamanya ialah anak kamu akan
bersalah hilang dan sesat. Mereka akan berasa malu dan menghadapi tekanan rakan
sebaya. Mereka berasa susah nak menjawab
soalan saudara-mara. Mereka akan
kehilangan teladan seorang ibu atau bapa.
Mereka akan berasa hilang keyakinan diri. Mungkin pada masa depan, mereka juga tidak
yakin terhadap perkahwinan mereka sendiri.
-
(3) Kalau berlakunya konflik yang serius yang
tidak dapat diatasi, kamu perlu minta bantuan pastor, ketua kumpulan kecil,
atau kongsi masalah kamu dengan seorang kawan baik. Biasanya, pihak ketiga lebih objektif dan
tidak berat sebelah. Mereka dapat
menyokong dan mendorong kamu menuju ke arah yang benar dan tidak membuat
keputusan yang salah. Mereka boleh
memberikan kaunseling mengikut ajaran firman Allah. Biasanya selepas kaunseling, kita dapat
merendahkan diri dan membiarkan firman Allah memimpin perkahwinan kita.
D. Kesimpulan
-
Saya
doakan bahawa sebagai anak dan murid Yesus, kita menegakkan ajaran Yesus untuk
tidak bercerai dalam perkahwinan apabila ada masalah.
-
Kita
memilih untuk mengatasi masalah dan bertumbuh secara rohani dan memuliakan
Yesus.
-
Sebaliknya,
kalau tidak, kita memalukan diri, keluarga, gereja dan nama Yesus juga.
Oleh Rev Law Hui Seng
(2hb Oktober, 2014)