Sejarah Awal Gereja Methodist Tudan, Miri
Visi GMC
Saya
diutuskan oleh Persidangan Tahunan Cina Sarawak (Sarawak Chinese Annual
Conference – SCAC) pada 1hb Januari, 2002 ke Gereja Methodist Grace (GMC). Saya
menjadi gembala Bahasa Inggeris ini selama sembilan tahun (2002 – 2010). Saya membawa kepimpinan GMC (Komiti Eksekutif
Gereja Setempat - Local Church Executive Committee) dalam perancangan dan kami
mencapai Visi GMC. Dalam dokumen itu,
kami berazam hendak mendirikan jemaah tiga bahasa (Bahasa Inggeris, Bahasa
Malaysia dan Bahasa Cina). Dengan
semangat yang berkobar-kobar, saya dan jemaah pun berdoa supaya visi itu
menjadi realiti. Saya pun menanti
peluang keemasan yang akan diberikan oleh Allah.
Penjangkauan Rumah Setinggan di
Pujut 7
Pada permulaannya,
kami menjangkau golongan miskin rumah-rumah setinggan di Pujut 7 selama
beberapa tahun. Sekali-sekala, saya dengan pemimpin GMC mengujungi mereka dengan
memberikan pakaian terpakai. Salah satu
keluarga yang selalu diberkati saya masih boleh ingat ialah keluarga Siman.
Gereja GMC selama beberapa tahun (kemungkinan 2003 – 2006) juga memberikan
beras dan daging lembu (untuk satu tahun sahaja) kepada keluarga-keluarga
miskin di Pujut 7 dan tempat-tempat lain semasa Easter. Untuk beberapa tahun, kami pun mengadakan
sembahyang Krismas bagi golongan miskin dari rumah-rumah setinggan Pujut
7. Gembala dari Persidangan Tahunan Iban
Sarawak telah dijemput untuk berkhotbah dalam sembahyang. Jamuan ringan pun dilayani selepas
sembahyang. Usaha GMC bagi golongan
bumiputera miskin hanya setakat itu saja. (Pada hakikatnya, selepas pusat injil
dibentuk nanti, terdapat beberapa keluarga di situ lambat-laung telah
dibaptiskan.)
Pembaptisan Pertama atas Pimpinan
Roh Kudus
Saya doa
dan menanya Allah, bilakah peluang untuk memulakan sembahyang BM bagi golongan
bumiputera. Peluang itu sampai apabila
saya diberitahu oleh anggota jemaah GMC, suami-isteri, Eduard Woodford dan Flor
(bekas misionari di Kapit) terdapat seorang kawan mereka, saudara Gemong
(mendiang) dan keluarga hendak dibaptiskan.
Kami pun mengujungi beliau di rumah pangsanya di Permyjaya. Di situ, saya diberitahu mungkin terdapat
orang bumiputera yang lain hendak dibaptiskan.
Atas pimpinan Roh Kudus, saya cadangkan kepada isteri Gemong (yang
menjual kuih-muih dari rumah pangsa ke rumah pangsa) supaya mendapat nama
mereka semasa penjualan kuih-muih.
Beliau menepati janji dan memberikan satu senarai nama yang agak panjang
untuk dibaptiskan. Saya tidak
teragak-agak untuk memulakan kelas baptisan di rumah Gemong. Rumah pangsanya
yang ruangnya agak sempit dan dipenuhi oleh berpuluhan orang dewasa dan
kanak-kanak. Saya memberikan kelas baptisan
dalam BM selama beberapa kali dan melengkapi mereka untuk dibaptiskan pada hari
Krismas 25hb Disember, 2004. Segala puji
dan syukur diberikan kepada Allah, atas sokongan daripada Eduard Woodford dan
Flor, 16 kanak-kanak dan 13 orang dewasa pun dibaptiskan pada 25hb Disember,
2004, Gereja Methodist Permyjaya. Di
samping Eduard Woodford suami-isteri menghadiri pembaptisan itu, ketua jemaah
GMC Lee Lay Mee dan isterinya pun turut hadir menyaksikan upacara pembaptisan
itu.
Penglibatan GMC
Kepimpinan
GMC seterusnya tidak setuju dengan pembentukan jemaah BM di GMC. Dalam mesyuarat Persidangan Setempat GMC,
ketua daerah, Rev Liik Tung Yeu pun mengarahkan pelayanan BM ini diusahakan
pada peringkat daerah. GMC tidak setuju
atas alasan tidak mempunyai tenaga manusia yang mencukupi untuk melayani orang
bumiputera. Namun, mereka setuju untuk
mengutuskan tenaga yang sedia ada yang sudi melayani golongan bumiputera. Puji Allah, jemaah setia seperti Eduard
Woodford, Flor, Mak ak Met, Margaret Lee, Audrey, William Ketit dan isteri, Chia
Soh Pei, Wong Kung Kui, Charles Ling, Eric Ngieng, dan jemaah lain yang saya
tidak sanggup ingat nama mereka.
Pertolongan Daripada Tenaga Daerah
Atas
bantuan dari Rev Liik, saya mendapat kebenaran untuk mencari tenaga dari
gereja-gereja setempat Miri. Puji dan
syukur kepada Allah, gereja-gereja Mei Ann, Hwai En, Permyjaya, dan Life pun
mengutuskan guru-guru sekolah minggu untuk menolong kami. Kami membentuk sebuah ahli jawatan kuasa di
peringkat daerah di mana saudara Mak adalah pengerusi pertama. Kami berkumpul untuk mesyuarat sekali dalam
dua bulan. Kami memulakan perjumpaan
sembahyang dalam BM pada permulaan tahun 2005, setiap hari Ahad, sebelah
petang, selama dua jam. Kereta swasta
dan bas sekolah disewa untuk mengangkat jemaah datang menghadiri sembahyang. Setiap
kali, kami ada satu masa puji-pujian dan pengajaran firman dalam BM oleh
saya. Pada masa yang sama ada sekolah
minggu BM untuk kanak-kanak. Selepas
sembahyang, saya biasa mengadakan doa untuk kesakitan dan masalah jemaah
sekurang-kurangnya selama setengah jam. Atas bantuan kewangan dari SCAC dan
daerah, kami menyewa tingkat atas kedai rumah di Permyjaya (juga disewa oleh
Gereja Methodist Permyjaya dulu) dengan harga yang murah daripada saudara dalam
Kristus, Matthew Wong, dari Gereja Methodist Trinity, Kuching.
Sembahyang, Sekolah Minggu dan
Kelompok Kecil BM
Setiap
minggu, terdapat dua puluh lebih orang dewasa dan dua puluh lebih kanak-kanak
datang menghadiri sembahyang. Bilangan
jemaah semakin meningkat dalam satu tahun selagi kami menjangkau golongan bumiputera di
Permyjaya dan Tudan melalui kunjungan, pertolongan kebajikan (termasuk menolong
membayar sebahagian kos pembinaan dua buah rumah papan di Tudan) dan doa.
Kelompok kecil untuk tujuan pengajian Alkitab pun dimulakan. Usaha ini terbukti sangat penting kerana
kebanyakan mereka yang menghadiri kelompok ini telah dipilih menjadi pemimpin Pusat
Injil Tudan pada tahun 2006. Apabila
saya mengimbas kembali, saya percaya kelompok kecil ini secara langsung telah
melatih mereka menjadi pemimpin. Ia
adalah satu bentuk pemuridan. Ia masih
terus digunakan oleh Allah sehingga hari ini.
Pembentukan Ahli Jawatan Kuasa
Pusat Injil Tudan
Memandangkan
saya sangat sibuk dengan pelayanan di pusat SCAC dan GMC, pada tahun 2006, saya
pun doakan seorang gembala dari SCAC akan diutuskan. Bilangan jemaah yang termasuk orang dewasan
dan kanak-kanak pada akhir tahun 2006 pun mencapai 80 orang. Saya pun membaptiskan lebih daripada 100 pada
keseluruhannya. Hari bumiputera pada
bulan Julai di GMC, gereja kami penuh dengan saudara-saudari bumiputera. Kehadiran mereka sangat mengejutkan
kepimpinan GMC. Persoalannya ialah
bagaimana menggembala mereka. Saya
sangat tertekan dan terus meminta SCAC untuk mengutuskan seorang gembala BM ke
Pusat Injil Tudan. Saya pun memohon
kepada SCAC untuk menaikkan taraf perjumpaan sembahyang kepada Pusat Injil di
mana ia layak untuk pengutusan seorang gembala.
Saya tidak dapat fikirkan siapa akan datang tetapi dalam hati nalurani
saya, saya doa bersama jemaah GMC dan saya percaya secara iman, Allah pasti
akan mengutuskan seorang gembala. Pada
hujung tahun, saya pun membentuk Ahli-ahli Jawatan Kuasa (AJK) Pusat
Injil. Pada bulan November, SCAC pun menaikkan
taraf perjumpaan sembahyang kami kepada Pusat Injil Tudan. Segalanya, termasuk pemilihan pemimpin memang
melibatkan pimpinan Roh Kudus, usaha kami sangat diberkati oleh Allah.
Pembentukan AJK adalah begitu lancar dan tepat pada masanya. Saya dan jemaah GMC pun menyerahkan pelayanan
BM itu kepada Pastor Chan Jing Mei yang diutuskan oleh SCAC pada bulan
November, 2006. Pada awal tahun 2007,
beliau mengambil alih penggembalaan saya.
Permohonan Tanah untuk Membina
Gereja
Di bawah
kepimpinan saudara William Ketit, AJK Pusat Injil pun berjaya memperolehi
sebidang tanah dari Kerajaan Negeri Sarawak untuk membina gereja bumiputera di
Tudan pada pertengahan tahun 2007. Seterusnya,
pihak Pusat Injil Tudan pun mulalah proses pembentukan AJK Pembinaan Gereja dan
mencari dana untuk membina gereja.
Harapan Saya untuk Gereja Methodist
Tudan dan Jemaah Bumiputera di Sarawak
Gereja
Methodist Tudan pun siap dibina pada tahun 2010. Walaupun saya hanya melibatkan secara
langsung selama setahun tiga bulan (akhir tahun 2005 ke akhir tahun 2006),
tetapi pengalaman itu adalah respon saya kepada Allah untuk menjangkau golongan
bumiputera di bandar. Atas semangat
kerjasama dan penghubungan dalam keluarga besar Methodist ini, marilah kita
terus memenangi golongan bumiputera dan melatih mereka sebagai murid Yesus yang
berpengaruh. Saya berdoa dengan sepenuh
kuasa daripada Roh Kudus supaya murid-murid SCAC akan tidak berasa letih dan
tidak sedikit kecewa pun dalam usaha menjangkau bumiputera di Sarawak dan
menjadikan mereka murid-murid Yesus.
Saya doakan generasi muda-mudi mereka mempunyai visi hendak melanjutkan
pelajaran ke universiti-universiti.
Kesemuanya akan dilatih sebagai muri-murid Yesus yang berpengaruh di
masyarakat kita. Mereka akan menjadi
pastor, misionari, ahli politik dan menteri, guru, doktor, pensyarah, jurutera,
pegawai kerajaan, jururawat, akauntan, saintis, dan sebagainya.
Allah
berkati Gereja Methodist Tudan.
(Rev Law Hui
Seng 15hb Ogos, 2017)
No comments:
Post a Comment